PENDAFTARAN 2012 DI BUKA SEKARANG
TERHAD KEPADA 30 PELAJAR SAHAJA
SILA HUBUNGI PUAN NORLITA
0192537025 ATAU 0391003838
1. MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2011 Peringkat Sekolah Tadika Seni & Kreatif
Tadika Seni & Kreatif telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 2011 pada;
Tempat : Tadika Seni & Kreatif
Hari : Isnin
Waktu : 9.00pagi
Pakaian : Baju Kurung bagi pelajar perempuan dan Baju Melayu bagi pelajar
lelaki.
Makanan : Setiap pelajar di minta membawa sedikit juadah dari rumah (potluck)
Dalam masa yang sama juga,Tadika Seni & Kreatif telah
menganjurkan Aktiviti Permata Masjid bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul
Tahun 2011 pada 28hb Februari 2011.
Makanan : Setiap pelajar di minta membawa sedikit juadah dari rumah (potluck)
Dalam masa yang sama juga,Tadika Seni & Kreatif telah
menganjurkan Aktiviti Permata Masjid bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul
Tahun 2011 pada 28hb Februari 2011.
Aktiviti Permata Masjid telah diadakan pada;
Tarikh : 28hb Februari 2011
Hari : Isnin
Waktu : 8.00pagi hingga 9.00pagi
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di surau adalah seperti;
I. Berwuduk.
II. Melaungkan azan.
III. Bersembahyang sunat dhuha.
IV. Wirid dan zikir.
V. Memahami adab-adab di surau dan masjid.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CARREFORE BANDAR TUN HUSSEIN ONN
Tadika Seni & Kreatif telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar
Tempat : CarreforeBandar Tun Hussein Onn
Tarikh : 16hb Mei 2011
Hari : Isnin
Waktu : 10.00pagi
Pakaian : PakaianSeragam Sekolah.
Makanan : Disediakanoleh pihak Carrefore.
Bayaran : Percuma, tetapi setiap murid dibekalkan RM10.00 setiap seorang untuk
urusanpembelian hadiah.
Pada 16hb Mei 2011, bersamaan hari Isnin jam 10.00 pagi hingga
12.00 tengah hari telah terlaksananya satu lawatan sambil belajar ke Carrefore
Bandar Tun Hussein Onn. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk
mendedahkan kepada murid-murid akan keperluan berjual beli dan penggunaan wang
dalam urusan jual beli. Sesuai dengan tema sambutan hari ibu dan hari bapa,
murid-murid telah di minta untuk memilih hadiah-hadiah untuk diberikan kepada
ibubapa mereka. Berbekalkan wang sebanyak RM10.00, murid-murid di minta untuk
memilih hadiah untuk ibubapa berdasarkan peruntukan RM10.00 untuk dua hadiah.
Aktiviti ini
PAMERAN LUKISAN MURNINYA HATI, BERSIHNYA JIWA 2010
MURNINYA HATI, BERSIHNYA JIWA.
Menurut Ibnu Abbas(r.a), Allah s.w.t. telah menjadikan manusia daripada pelbagai jenis tanah dari muka bumi dan Syurga. Satu-satunya anggota yang dibentuk daripada tanah Firdaus adalah hati. Hati adalah tempat keyakinan, keimanan dan kemahuan. Hati tidak akan tenang sekiranya manusia senentiasa melakukan maksiat dan kemungkaran. Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Hati akan terus bercahaya sekiranya manusia sentiasa melakukan perkara yang baik. Beliau berkata, “Sesungguhnya perbuatan yang baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati”.
‘Murninya Hati’ difokuskan kepada guru-guru yang tidak mengenal erti lelah menurunkan ilmu. Mereka tidak perlukan balasan dari segala kepayahan mendidik anak bangsa agar dapat melahirkan insan yang mempunyai daya kecerdasan rohani dan jasmani yang ampuh. Sang guru juga tidak pernah merasa bosan dan sentiasa sabar melayani karenah anak-anak didik yang amat dikasihi dan disayangi. Murninya hati kerana tidak pernah merasa tersinggung atau berdendam kepada masyarakat yang terkadang sangat kejam dan tidak bertimbang rasa dengan bakti yang dicurahkan. Oleh yang demikian, apabila ilmu diturunkan dengan hati yang murni maka lahirlah jiwa-jiwa yang bersih.
‘Bersihnya Jiwa’ dirujuk kepada anak-anak kecil yang naïf dan suci. Sesungguhnya setelah Allah s.w.t. meniupkan roh ciptaanNya ke dalam tubuh manusia, maka berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna. Bersihnya jiwa kerana tanpa sangsi terhadap persekitaran, sentiasa patuh kepada ibubapa serta guru-guru, tidak berdendam terhadap sesiapa sahaja yang mengusiknya, lantaran bersihnya jiwa kerana sering memaafkan.
Menurut Jean Piaget(1869-1980) berdasarkan pendekatan Teori Perkembangan Kognitif bertujuan mengkaji pengaruh persekitaran terhadap perkembangan tingkah laku kanak-kanak, pengamatan dan pencerminan seseorang terhadap persekitaran akan mendidik minda, tingkah laku serta keperibadian individu. Karya-karya yang dihasilkan oleh mereka dengan jelas menterjemahkan kenyataan tersebut, menggambarkan jiwa yang bersih, halus dan tulus. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebung’, ungkapan keramat yang tiada penafian.
Murninya Hati, Bersihnya Jiwa adalah pameran seni visual sulong peringkat awal kanak-kanak. Pameran eksperimentasi sulong ini cuba membawa khalayak menyusuri dan mengamati pemikiran kanak-kanak, fungsi otak kanannya, sentuhan hatinya, pandangan matanya, gerak jemarinya, sapuan berusnya,palitan warnanya hingga melahirkan imajan-imajan di dada-dada kertas dan kanvas yang sungguh menakjubkan dan di luar pemikiran kita.
Seramai 21 orang pelukis cilik yang dilahirkan oleh Tadika Seni & Kreatif di dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun mendokumentasikan karya mereka yang terhasil sepanjang tahun 2009 ini. Secara ringkas, pelbagai pengalaman sehari-hari mereka dapat diisi melalui keindahan warna yang dicurahkan dari pemikiran imajinatif hinggalah pengamatan realis. Justeru, doronglah mereka, berilah kata-kata semangat buat mereka agar terus berkarya. Mereka umpama kain putih yang dahagakan pendedahan dan pengetahuan.
Ayoh sama-sama kita nikmati hidangan seni ini sebagai santapan rohani.
Zaim Durulaman
Pelukis.
Aktiviti 2010
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat (4) hingga enam (6) tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:
1. Membina kecergasan badan.
2. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang
baik.
4. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga
keselamatan diri.
5. Menguasai kemahiran motor halus dan
asas motor kasar.
6. Mempunyai kematangan emosi.
7. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati
diri.
8. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
9. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
10.Boleh bekerja secara bersendirian dan juga
bekerja secara berkumpulan.
11. Menghormati perasaan serta hak orang lain
dan seterusnya membentuk perhubungan
yang positif dengan orang dewasa serta
rakan sebaya.
12. Mengamalkan nilai murni.
13. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam
kehidupan seharian untuk murid beragama
Islam.
14. Berkomunikasi menggunakan Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa
pengantar dalam konteks kehidupan harian.
15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran
proses sains asas.
16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam
menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan
masalah.
17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif
dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan
seharian.
18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.MENGAPA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PENTING? (Laporan oleh Sir Christopher Ball, 1994)
- Asas dan persediaan untuk kehidupan akan datang.
- Kanak-kanak berkembang dengan cara dan kadar yang
berbeza-beza dari segi intelek, rohani, emosi, sosial,
moral dan jasmani.
- Semua kanak-kanak mempunyai kebolehan yang boleh
dikenal pasti dan dipertingkatkan.
- Kanak-kanak belajar daripada apa yang berlaku pada
mereka dan di sekitar mereka. Mereka tidak
memisahkan pembelajaran mereka, subjek atau
disiplin diri.
- Kanak–kanak belajar dengan berkesan melalui
tindakan/melakukannya sendiri.
- Kanak-kanak belajar dengan berkesaan
apabila mereka terlibat secara aktif dan
berminat.
- Kanak yang mempunyai keyakinan kendiri
mempunyai asas “headstart” untuk belajar.
- Kanak-kanak perlu masa dan ruang untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.
- Apa yang kanak-kanak tahu adalah titik permulaan kepada pembelajarannya.
- Bermain dan berbual adalah cara utama kanak-kanak belajar tentang diri
mereka,orang lain dan dunia luar.
- Kanak-kanak yang digalakkan berfikir mempunyai kebolehan untuk bertindak sendiri.
- Hubungan dengan kanak-kanak lain dan orang
dewasa penting untuk perkembangan diri.
Kurikulum
Kurikulum
Tadika Seni & Kreatif menggunakan Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika kita lihat halaman 239 di dalam buku Huraian kurikulum pra sekolah kebangsaan, bagi komponen kreativiti dan estetika memberi focus kepada perkembangan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti seni seperti seni visual, kraf, muzik, nyanyian, drama dan puisi membolehkan murid menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri dan mengenali cita rasa sendiri.
Komponen kreativiti dan estetika mengandungi lima aspek yang terdiri daripada;
a) Persekitaran dan keindahan alam.
b) Lukisan dan kraf.
c) Muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif.
d) Drama dan puisi.
e) Warisan budaya.
Komponen inilah yang dikembangkan oleh Tadika Seni & Kreatif agar murid-murid tidak merasa mereka di paksa belajar agar mereka lekas pandai membaca dan mengira. Daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan atau individu, secara tidak lansung terdapat beberapa pedekatan seperti yang disarankan oleh kurikulum kebangsaan pra sekolah iaitu;
· Pendekatan belajar melalui bermain.
· Pendekatan bertema.
· Pendekatan bersepadu.
Tadika Seni & Kreatif merasa amat bangga kerana setiap aktiviti yang dirancang telah dilaksanankan dan mendapat perhatian yang sangat memberangsangkan dairpada murid-murid. Pihak sekolah juga merasa amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh semua guru-guru dan murid-murid.
Tujuan Penubuhan
Tujuan
Tujuan Tadika Seni & Kreatif ditubuhkan adalah untuk memperkembangkan bakat yang telah sedia ada di dalam setiap diri kanak-kanak. Ibubapa dan orang dewasa kadang-kala tidak menyedari bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kita tidak akan sedar tentang bakat seseorang itu sehinggalah ianya tercungkil keluar dari diri masing-masing. Saya percaya setiap individu mempunyai bakat yang tersendiri. Kadangkala ada yang dianugerahkan bakat istimewa yang semulajadi dari Yang Maha Esa.
Ibubapa dan masyarakat sekeliling memberi pengaruh yang sangat besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Hasil penelitian yang dilakukan oleh ‘The Reiner Foundation’ tahun 1999 menyebut, 10 perkara yang dapat dilakukan oleh ibubapa dan orang dewasa untuk meningkatkan status kesihatan dan perkembangan otak ialah:
a) Memberikan rangsangan berupa kehangatan dan kasih sayang yang tulus.
b) Memberikan pengalaman langsung dengan menggunakan pancainderanya (penglihatan, pendengaran, merasa, sentuhan dan bau).
c) Interaksi melalui sentuhan.
d) Interaksi melalui pelukan.
e) Interaksi melalui senyuman.
f) Interaksi melalui nyanyian.
g) Mendengar celoteh anak dengan penuh perhatian.
h) Berbual mesra dengan anak.
i) Menggunakan suara yang lembut apabila bercakap dengan anak.
j) Memberikan anak rasa selamat apabila bersama ibubapa.
Bertitik tolak dari perkara ini, pendidikan dalam kerangka pembentukan kebiasaan berfikir dan potensi individu kanak-kanak harus menyuburkan aspek-aspek perkembangan menyeluruh kanak-kanak iaitu:
a) Perkembangan moral dan nilai-nilai agama.
b) Perkembangan fizikal.
c) Perkembangan bahasa.
d) Perkembangan kognitif.
e) Perkembangan sosio emosi.
f) Perkembangan seni.
Istimewanya Tadika Seni & Kreatif
Istimewanya Tadika Seni & Kreatif
1. Mempunyai guru-guru yang berpengalaman.
2. Guru-guru yang mengajar seni visual dan tarian adalah terdiri dari golongan professional.
3. Tadika pertama yang mengkhususkan seni dalam setiap aktiviti pembelajaran.
4. Pengambilan pelajar adalah terhad kepada 12 orang untuk setiap peringkat umur.
5. Perhubungan yang rapat antara kaki tangan Tadika.
6. Perhubungan yang rapat antara ibu bapa.
7. Jadual pembelajaran dan aktiviti yang sangat menarik dan pelajar pasti akan teruja dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
8. Pelajaran agama Islam diajar setiap hari.
9. Mendapat sokongan yang kuat daripada aktivis-aktivis seni Malaysia.